Saturday, February 19, 2011

Google? Kenapa bukan Krom Prang Pom Pang?



Uih! Pelik tak? Kenapa developer google namakan google , google? Kenapa tak namakan dia Ikan Masin ke? Gomblok ke? Kesan Berbulu Ketiak ke? Gagasan Pencarian ke? Geram Tak Dapat ke? Mana Motor Mak Nimang ke? Atau pun Krom Prang Pom Pang.. Kan sedap tu kan. Setuju tak? Cuba bayangkan apa yang terjeadi kalau nama Google dari dulu adalah Krom Prang Pom Pang? Best tak agak-agak? Tapi kefemesan Enjin Carian Krom Prang Pom Pang ni sehebat Google sekarang. Apa agaknya jadi kalau mat saleh mahupun mek saleh bila sebut Krom Prang Pom Pang ni? Mungkin bagi masyarakat Thai akan mudah menyebutnya. Tapi? Pak Arab? Orang Negeria? Apa jadi agaknya. Contoh macam ni " Hey John, I didn't know this meaning, can you "Prom Prang Pon Pang" it?"( mat saleh celup bercakap). Pastu bagi masyarakat kita pulak, "Oi Fahmi, apa la susah-susah fikir, Krom Prang Pom Pang sudah!!". Best kan?

Tapi kita langsung tak menganggap perkataan tu lawak. Kita akan anggap dia perkataan biasa. Macam sedikit pun tidak pelik dengan perkataan Krom Prang Pom Pang tu. Agak-agak, apa perasaan kita masa mula-mula kita kenal Krom Prang Pom Pang ni eh? Korang pernah tak terfikir semua ni? Eleh... tipu la tak pernah terfikir. Korang pernah tak terfikir kenapa tahi tu orang sebut tahi? Kenapa tak sebut ja Kamal ke? Laptop ke? Rusuhan bersama puak pelampau ke? Dan jamban ditukar ke CD cetak rompak. Hahaha. Bapak panjang nama tu. Haha. Cuba bayangkan ada mamat sakai mana tah berak depan pintu rumah korang. Pastu dengan mood yang sangat marah. Lalu berkata " Si Lahanat mana pulak yang buang rusuhan bersama puak pelampau kat depan pintu rumah aku ni? Asal, dah tak de CD cetak rompak ke?" Fuyooo.. Apa jadi agaknya tu eh? Ish3! Tragis.

Bayangkan google chrome jadi Krom Prang Pom Pang Krum? Style tak? Lalala. Tergeliat lidah aku. Selekehhhhh...

Berbalik kepada google dan krom prang pom pang tadi. Semestinya logo Krom Prang Pom Pang macam ni kan?

Alamak! Alamak! Macam dah nak panjang aku melalut. Hihi. Lantak hang la. Hang jugak yang salah sebab baca. Takkan nak salahkan aku seratus peratus? Apa-apa pun, korang boleh praktikkan perkataan ni ketika korang bosan. Kira memang korang putus idea nak buat apa, memang rasa macam dah tak nak hidup dah sebab bosan, apa kata sebut perkataan Krom Prang Pom Pang ni. Ada jugak faedah untuk jantung korang tu. Huihuihui.

p/s: Just Kiddin! Err.. Maksud aku hanya kanak-kanak din!

Nak menyanyi lagu ni sambil menari-nari.. Lalala~~


Sila dengar sampai habis!! Wajib! hehe

5 kutukans:

serius tergelak gila2 bace entri kau. mana motor mak nimang. haha. ni mesti dari vid cirit or die. :)

google = krom prang pong pang?

wahahahahah! huduh gila bunyi..payah nak sebut ouh..

lalalalala...
nak cari blog BBBB try la Krom prang pom pang!!

hahah btol2. mmg kdg2 xterpk smo tu. good article :D

hahaha, sirious lawak doh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...