Sunday, January 9, 2011

Artis Yang Bakal Menjuarai AJL 25, 2011














Ya! Inilah artis dia. Nama singer adalah Idris dan nama guitaris tu adalah Hadi. Mereka bakal membawakan lagu Anak Engkau Siapa Jangan Lupa Ucapkan Selamat Tengah Hari Kepada Dia. Ya, itulah resepinya. Tajuk lagu yang panjang ada kunci untuk kemenangan sesuatu lagu. Kerana apa? kerana ia dapat menarik minat pendengar pendengar. Dan diantara sebab tajuk lagu ini panjang adalah:

1. Supaya pendengar bersusah payah menghafal tajuk lagu ini.
Apabila pendengar bersusah payah menghafal secara tak langsung mereka akan menghafal lagu ini kerana tajuk lagu itu juga adalah lirik lagunya.

2. Memberi nilai komersial yang tinggi terhadap lagu itu.
Ya, tajuk yang panjang menunjukkan kesungguhan, dedikasi, ketekunan komposer terhadap lagu tersebut.

3. Menambahkan lagi keunikkan lagu
Zaman sekarang yang serba moden, manusia amat suka sekali kepada benda-benda yang unik ini termasuk lagu yang unik dan pelik

4. Memberi rasa gerun terhadap pesaing.
Selalunya, manusia akan takut terhadap benda-benda yang besar, panjang. Jadi apabila tajuk lagu itu dihiperbolakan, ia akan menambahkan rasa gerun

Sebenarnya panjang lagi elobrasinya. Tetapi cukuplah tips itu. Nanti bagi banyak-banyak nanti banyak pula muncul komposer baru yang berani melawan tokey. Bahaya.


p/s: Semoga berjaya wahai artis-artis yang bertanding. Rindu nak tengok rehearsal AJL. Huhu

9 kutukans:

aku down sbab takdak zaiton sameon masuk ajl25..

hahaha

nub, aku pon down gila sebab tak dapat amik tiket ke ajl... argh

bul, hebatnya main gitar.. suara kawn tu pun sedap gak..

hehe main reka je ke lagu tu...? par last kelakar.. ramai ni kawn tengok.. ehehhe

cik ain: eh. terima kasih.. bul tak hebat pun main gitar.. biasa ja. terlalu beginer.. aah.. suara dia memang sedap.. taste cik bul.. ops.. suara je ok.. bukan orangnya.. hhehehe

lagu tu memang ada. lagu filipina.. tajuk dia pun ada.. try cari kat youtube.. hehe.. cuma ubat sikit cara nyanyian.. ahha..

part last kelakar?? yang mana ain?
malunya kawan2 tengok:P

tiba2 wabillahitaufik walhidayah tu.. hehe tak pe.. praktis make perfect.. gud luck kim salam kat kawan.. eheheh

haha.. cik ain.. tu semua spontan.. tak sedar pon smua tu berlaku.. tengok2 bali baru sedar pelbagai karenah kami.. ish3..

ok.. kami prektis lagi.. hehe.. leh jadi ana rafali.. artis youtube..

nanti bul sampaikan salam :)

arghhhh sumpah rindu bilik ni!

kutiey: rajin2 mai la melawat. hahaa

apa dia ni?mengambil video ku tanpa kebenaran?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...