Monday, January 24, 2011

Aku nak jugak! Aku nak kena jugak! Bestnya!

Kalau pernah baca entry-entry yang lepas-lepas, aku memang sukakan kerja gila. Uih! Hang jangan kata orang gila ni memang kerja dia gila. Salah tu. Bak kata @redzuan kassim.. Alamak! Aku lupa.. Aku ingat ni facebook. Aku main tag ja la macam tu. Dia kata orang gila ni ada dua jenis. Jenis gila pertama dia gila dan memang dia gila dan sebenar-benarnya gila dan tak berakal. Dan jenis gila yang satu lagi, dia ni jenis gila, tapi dia gila yang melampau kepandaian nya, orang selalu cakap kan, wah! pandai gila dia tu. Kan. Kan. Pernah dengar kan ayat tu kan. Lebih kurang eloknya kalau kita panggil gila yang genius. Dan aku bukan terkandung dalam mana-mana pihak gila ni. Aku insan normal yang berlagak gila sahaja. [ padan muka! sapa suruh suka baca! kan dah baca apa yang aku mengarut!]

Kesian. Aku selalu ja layan teruk kat pembaca blog bodoh ni. Tak pernah nak tulis benda yang senonoh, yang menguji minda, yang berunsur ilmiah, yang tak menyiksa batin pembaca. Sorry ya. Sorry. Aku salah. Ya memang salah aku. Aku mengaku bersalah. Taknak maafkan aku ke? Taknak sudah! Bye!

Apa-apa pun jom kita tengok video ni. Best oo!! Aku teringin nak main binatang ni! Menguji semangat keberanian seseorang tu. Sesapa ada benda ni? Bak mai! Tembak aku sat!



p/s: Aku rasa aku dah jumpa geng! Haha.

1 kutukans:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...