Thursday, December 16, 2010

Muka aku jahat, tapi dalam hati ada taman

Wajah adalah satu pemberian Tuhan kepada hambanya

Tidak ada satu pun yang buruk,
semuanya cantik.
Tapi, kalau ada yang cakap buruk tu,
umpama dia mengutuk ciptaan tuhan, dia memburuk-burukkan ciptaan tuhan.
Oleh itu, marilah kita menanam perasaan bersyukur di dalam hati masing-masing.
Positifkan minda dan fikiran kita.
Jadi, bagi mereka yang merasakan diri mereka tu kurang cantik,
eloklah guna petua ni ni,
  • bangun pagi buat-buat terkejut dan cakap, alamak!! aku lupa tengok muka budak hensem/cantik lagi la harini.. dan terus pergi ke cermin.
  • dan seraya berkata, Ya allah, cantiknya ciptaan mu ini Ya Allah...
  • berdoa supaya Allah mecantikkan akhlak dan iman kita. Akhlakdan iman yang cantik menjadikan orang tu sebenar-benar cantik.
  • Wuduk juga boleh menjadikan wajah sesorang tu bercahaya. Biar muka berjerawat, asalkan bercahaya. Ada nur. [ brooo.. takkan wuduk je kot?? Solat la sekali]
Apa yang tuhan jadikan tu ada hikmah dia. Cuma, kita jangan sesekali mengeluh. Tuhan takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu hadapi. DIA maha mengetahui..



Jom kita lihat video ni, brader ni, aku ingat dia nak main-main time menyanyi
tengok la dia, muka genster habis kot!! ingatkan dia nak rap ke, mencarut ka apa,
tapi, hmmm.. ok laaa...


kan aku dah cakap. manusia ni unik. sangat unik. terlalu unik tuhan ciptakan. semuanya berbeza. Allah ciptakan manusia dari asas yang sama, iaitu dari tanah, tapi, takdak manusia pun yang sama 100%, contoh yang simple, cap jari. Tak sama beb! Manusia ni tuhan ciptakan naluri. Cuba bayangkan tuhan ciptakan manusia ni sama ja? Agak-agak la kan, camna nak kenal Pak Rozak, Mazlan, Kusyairi, Ah Peng, Murad, Muthu dan entire dunia? Macam mana? Hahaa.. Tu semua kerja tuhan.

Berbali kepada video, hmmm.. entah.. apa tah.. bye!!



p/s: anda perlu belajar perkataan "gantung".

1 kutukans:

yep, setiap manusia ada kelebihan dan kebaikannya, manfaatkanlah kelebihan diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...