Tuesday, September 21, 2010

Nak gelak puas-puas.

Sudah lama aku tak menaip benda merapu-rapu kat blog ni. Lagipun sejak akhir-akhir ni kepala pon dok serabut. Nak merapu pon takdak mood.


Tanpa nama: "Hadi, ada ka orang baca blog hang?"

Entah la.. takpa la.. aku pon sekarang dah takda dah tempat nak aku mengadu masalah. Bukan takda ahli keluarga nak bercerita, tapi dari kecik aku tak pernah nak bercerita. Bukan takda kawan-kawan. Tapi tak biasa nak bercerita. Mungkin perasaan malu. Aku tau, kalau aku cerita masalah aku, depa semua tak keberatan nak tolong aku.

Tanpa nama: " Habis, kenapa baru sekarang?"

Hmmm.. Tanpa nama!! boleh hang diam untuk seketika?? Kenapa suka tanya soalan 2 kali? hang baca ka dak??

Sekarang, aku pilih la blog untuk aku meluahkan sedikit sebanyak secara tersirat...

[ saat ni, aku tgok kat luar ada embun jantan, pastu member aku si kaber cakap kalau kena embun ni leh gatal2 badan. aku dengan kadar bersegera melarikan diri keluar dan berjemur dibawah embun terbabit. hmmm.. agak gatal la jugak. boleh la. tq kaber. aku buat untuk pastikan yang info hang bagi tu bukan auta. agak fakta!! hehe]


Ok, aku pon lupa dah apa nak cakap tadi. Ok, aku try la start bercerita apa yang aku ingat.

Bermula cuti semester lepas, masa hari lahir aku, aku dikejutkan dengan masalah. Agak besar besar bagi orang lain yang tengok dari mata kasar. Tapi sangat besar bagi badan yang merasa ni. Bukan setakat badan, hati, limpa jantung pa semua ada..

Tanpa nama: " Masalah apa hang Hadi oi??, masalah cinta ka?? Hang reti ka bercinta??"

Hmmm.. Thanks untuk soalan tu Tanpa nama. Tapi tiada jawapan untuk soalan tu buat masa ni.

Ok berbalik kepada cerita. Aku mengaku memang aku bersalah dalam hal ni. Dan aku tak boleh salahkan orang sebab tak memahami situasi aku. Mungkin memakan tempoh untuk paham. Contoh kita belajar, kita tak paham apa yang cikgu ajar, pastu bila lama-lama kita cari persoalan tu dapat gak kita paham. Kadang-kadang tu, kita paham langsung. Puas cari jawapan. Masuk Youtube la, apa la cari tutorial. Tak jugak paham-paham. Tapi nak buat cam mana. Dah tak boleh memahami. Mungkin ada faktor- faktor lain.

Sepatutnya cuti adalah masa yang paling best. Enjoy kan. Merayau sana sini. Melompat. Merempit. Tapi, cuti aku masa tu sukar aku lalui. Sakit kat hati tak sama dengan sakit kat kulit, otot, daging dan lain-lain. Sakit kat luaran tak membawa sakit ke hati, bergantung keadaan. Tapi sakit kat hati boleh membawa sakit ke bahagian luaran. Entah, kalau hampa nak setuju ka dak apa aku cakap ni.


entah la... dah la.. aku tak mampu nak teruskan




p/s: jangan percaya cerita ini kerana ia adalah karut semata2.

0 kutukans:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...