Pages

Wednesday, January 12, 2011

Aku Rasa Dia Ni Gempak! Kau Rasa?

Video-video ni sempena Guitar Rig Hero Contest. Di sini aku letak video peserta contest ni. Aku sangat teruja dengan Mamat Jayme ni. [FAKK!! time aku tulis kat sini aku tercabut charger laptop aku! terpadam!!] Ok. Meh kita sambung cerita. Eh, sebenarnya dah habis cerita dah. Jom kita tengok video ni.



Hebat tak? Dia berbakat kan? Semua benda dia boleh buat. Salute!! Hehe. Tak syak lagi kenapa dia boleh menang kontest terbabit. Manakala Mamat ni pulak, memenangi tempat kedua. Dia ni, takkan la kamu tak kenal? Mamat bermuka sial. Sorry bro!


Tangan dia laju-laju tu nak pergi mana tah!! Haih. Cuba la main pelan-pelan. Hohoho. Nampak sopan sikit ya dak?

Biasalah manusia. Semua manusia berbakat! Ada tu bakat dia pandai menyakat orang. Bakat jugak tu. Mat Rempit pun satu bakat jugak kan? Cuma aku tak jumpa lagi apa bakat aku. Kalau la ada mesin pencungkil bakat ada, kan best. Bayangkan mesin tu macam mesin timbang berat kat mall-mall yang kita biasa nampak. Agak-agak panjang tak orang beratur? Kamu!! Kalau diberi pilihan untuk pilih bakat, bakat apa yang kamu nak? Haha. Aku yakin ramai daripada kamu memilih untuk mempunyai bakat menyanyi, berlakon, dan apa yang menjadikan orang tu popular. Tapi kalau aku, aku nak bakat genius dalam semua hal kat dunia ni termasuk akhirat! Wah! Tinggi kan cita-cita. Sebab tu perkataan kalau tu orang tak sarankan guna. Memang manusia takkan puas! Setuju?

Ok lah. Kesian pulak aku tengok kamu dah penat membaca tulisan bodoh aku ni. Dah penat nak tunggu video-video tu streaming, ni nak kena baca pulak kan. Kesian-kesian-kesian! Ciau!

p/s: " Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubahkannya sendiri". Kalau salah tolong betulkan:)

4 comments:

Ludahla! Kutuk la! Muntah la! Kahak la! Berak la!
cuma jangan jadi bodoh ja..